Pages

MyEm0.Com MyEm0.Com MyEm0.Com MyEm0.Com MyEm0.Com MyEm0.Com MyEm0.Com MyEm0.Com MyEm0.Com

Thursday, August 13, 2009

Kucing...Oh Kucing...

“Seorang wanita masuk neraka kerana kucing. Ia menahannya hingga mati. Ia masuk neraka kerananya, kerana ia tidak memberinya makan sebab ia menahannya, dan tidak membiarkannya makan serangga-serangga tanah.”
Hadith riwayat Bukhari.


Tarikh : 6hb Ogos 2009
Tempat : Bilik Ofis Cik Wawa
Masa : 1230 Noon

Saat-saat yang mendebarkan...
Haa...nak tahu...hari ni..kucing Rebutia yang mendapat panggilan "Si Manis" selamat beranak...:) anak dia ada 5 ekor semua tapi yang diizinkan tuhan untuk hidup di dunia ni cuma 4 ekor ja...sabar ya Manis...haha, macam orang ja kan walau hakikatnya ia adalah seekor kucing...

Ini adalah pengalaman pertama saya melihat depan mata kucing beranak...SubahanAllah...kucing ni sikit pun tidak berbunyi...seolah-olah tidak ada sikit kesakitan pun...sedangkan si ibu pun akan menjerit, inikan pula haiwan...it takes several hours juga lah...untuk keluar semua baby miaow....dalam hati tertanya-tanya..."Apalah kucing ni rasa?"...pelik kan?tapi sangat hebat kejadian tuhan ni...subahanAllah...banyak sebenarnya yang bermain di fikiran...tertanya-tanya...wallahualam...

Hari ni pula...genap satu minggu dua hari anak Si Manis...waaah...guess what? anak kucing yang pertama sekali keluar sudah buka mata!!!:) miaow2!!!...hihi...seronoknyaa...:)
really look like a baby when they juz delivery...So cutes!!!:) Luv miaow2!!!:)...

Kucing ni comel kan...sangat2...ok tahu tak kucing ni adalah binatang kesayangan Rasulullah kita?mesti kucing ni sangat berbangga kan dapat menjadi binatang kesayangan Rasulullah?hoho...ok mari kita berkongsi...

"Dalam suatu peristiwa, tatkala seorang sahabat nabi bernama Abdul Rahman bin Sakhr menemui seekor anak kucing yang sedang mengiau kerana kehilangan ibunya. Beliau yang dalam perjalanannya menuju ke Masjid Nabawi, berasa kasihan kepada anak kucing itu, lalu mengambil dan meletaknya dalam baju besar beliau.

Apabila sampainya di masjid, baginda bertanya Abdul Rahman, apa dalam bajunya? Ia menjawab anak kucing yang kehilangan ibu, aku mengambilnya kerana kasihan padanya. Lalu baginda menggelarkan Abdul Rahman dengan Abu Hurairah (bapa kucing kecil).

Gelaran bapa kucing tidak sedikit pun menjejaskan maruah dan reputasi Abdul Rahman, malah inilah gelaran yang paling disukai tatkala namanya disebut, kerana nabi sendiri yang memberi gelaran itu. Selain itu juga, gelaran Abu Hurairah mengingatkan beliau kepada suatu amal soleh yang pernah dilakukannya menerusi pembelaan seekor anak kucing.

Dan Abu Hurairah ialah seorang penghafal hadith2 nabi yang terbanyak dan dia telah dikenali juga sebagai GUDANG ILMU. Dia adalah sahabat yang paling suka bergaul dengan Rasulullah S.a.w. Dia tidakmempunyai tanah dan perniagaan dan seorang yang miskin harta tetapi kaya jiwa, maka masanya paling banyak diluangkan dengan nabi. Dengan kerana itu juga dia telah mempunyai banyak peluang meriwayatkan hadith2 nabi.

Banyak hikmah dari riwayat hidup Abu Hurairah ini dan antaranya beliau telah mencontohi kepada kita betapa bagusnya dan satu amalan yang sangat disukai oleh nabi sendiri iaitu berbuat baik kepada kucing. Renung2 kan lah di situ dalam2."...

Ok...setakat ini sahaja...jumpa lagi..:)

“Pada setiap yang mempunyai hati yang basah (haiwan) terdapat pahala (dalam berbuat baik kepadanya).” Hadith Riwayat Bukhari, Ahmad dan Ibnu Majah.





0 comments:

Post a Comment

MyEm0.Com MyEm0.Com MyEm0.Com MyEm0.Com MyEm0.Com MyEm0.Com MyEm0.Com MyEm0.Com MyEm0.Com MyEm0.Com MyEm0.Com

I Luv Islam