Pages

MyEm0.Com MyEm0.Com MyEm0.Com MyEm0.Com MyEm0.Com MyEm0.Com MyEm0.Com MyEm0.Com MyEm0.Com

Friday, August 21, 2009

Ramadhan yang Dinanti...


"Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".

Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."

Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."


Esok puasa!!!:D....
Wah2...puasa dah pun tiba...esok semua umat Islam dalam dunia ni akan berpuasa Ramadhan...waa..seronoknya!!! seperti orang lain saya sendiri pun tak sabar rasanya berpuasa, lagi-lagi bulan Ramadhan ni...seakan-akan rindu menggamit semula...satu perasaan iaitu kerinduan pada-NYA...insyaAllah di bulan mulia ni kita lebih banyak mengupgrade kan iman kita...moga2 kita menjadi hamba bertuah insan terpilih Allah swt...ameen...

"Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: "Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti."



0 comments:

Post a Comment

MyEm0.Com MyEm0.Com MyEm0.Com MyEm0.Com MyEm0.Com MyEm0.Com MyEm0.Com MyEm0.Com MyEm0.Com MyEm0.Com MyEm0.Com

I Luv Islam