Pages

Tuesday, October 25, 2011

~Ku Pinang Kau Dengan Bismillah~

Ungu Feat Rossa - Ku Pinang Kau Dengan Bismillah Lyrics Tuhan memberikanku cinta untuk ku persembahkan hanyalah padamu Dia anugerahkanku kasih hanya untuk berkasih berbagi denganmu atas restu Allah ku ingin milikimu ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku restu Allah ku mencintai dirimu ku pinang kau dengan Bismillah hampa terasa bila ku tanpamu hidupku terasa mati jika ku tak bersamamu hanya dirimu satu yang aku inginkan ku bersumpah sampai mati hanyalah dirimu (hanyalah dirimu) atas restu Allah ku ingin milikimu ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku restu Allah ku mencintai dirimu ku pinang kau dengan Bismillah atas restu Allah ku ingin milikimu ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku restu Allah ku mencintai dirimu ku pinang kau dengan Bismillah

Friday, October 21, 2011

Petronas Deepavali Ad 2011

Petronas Deepavali Ad 2011: The journey to creating a better life, begins within us.It's the passion and determination to pursue something worthwhile.It's the dedication and effort to toil through challenges in our lives that ultimately makes our lives better.This commercial embodies that spirit, of the hardships and work that we put into providing for our loved ones.It's the mutual feeling of togetherness and the unbreakable human spirit that drives us to do our best.This is the light within all of us.May that light continue to burn bright.Happy Deepavali.

Saturday, May 7, 2011

~Selamat Hari Ibu~



Renungan Betapa Berharganya Wanita~Petikan utk mghayati Hari Ibu dan mnghargai Wanita~

Ketika Tuhan menciptakan wanita, malaikat datang dan bertanya
,"Mengapa begitu lama engkau menciptakan wanita, Tuhan?"
Tuhan menjawab,"Sudahkah engkau melihat setiap detail yang telah aku ciptakan untuk wanita?" Lihatlah dua tangannya mampu menjaga banyak anak pada saat bersamaan, punya pelukan yang dapat menyembuhkan sakit hati dan kerisauan, dan semua itu hanya dengan dua tangan".

Malaikat menjawab dan takjub, "Hanya dengan dua tangan? tidak mungkin!

Tuhan menjawab,
"Tidakkah kau tahu, dia juga mampu menyembuhkan dirinya sendiri dan boleh bekerja 18 jam sehari".
Malaikat mendekati dan mengamati wanita tersebut dan bertanya, "Tuhan, kenapa wanita terlihat begitu lelah dan rapuh seolah-olah terlalu banyak beban baginya?"

Tuhan menjawab, "Itu tidak seperti apa yang kau bayangkan, itu adalah air mata."

"Untuk apa?", tanya malaikat.

Tuhan melanjutkan, "Air mata adalah salah satu cara dia menunjukkan kegembiraan, kerisauan, cinta, kesepian, penderitaan, dan kebanggaan, serta wanita ini mempunyai kekuatan mempesona lelaki, ini hanya beberapa kemampuan yang dimiliki oleh wanita.
Dia dapat mengatasi beban lebih baik dari lelaki,dia mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri, dia mampu tersenyum ketika hatinya menjerit kesedihan, mampu menyanyi ketika menangis, menangis saat terharu, bahkan tertawa ketika ketakutan.
Dia berkorban demi orang yang dicintainya, dia mampu berdiri melawan ketidakadilan, dia menangis saat melihat anaknya adalah pemenang, dia gembira dan bersorak saat kawannya tertawa bahagia, dia begitu bahagia mendengar suara kelahiran.
Dia begitu bersedih mendengar berita kesakitan dan kematian, tapi dia mampu mengatasinya. Dia tahu bahwa sebuah ciuman dan pelukan dapat menyembuhkan luka.

Allah S.W.T berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia, namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya. "

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."

"Aku memberinya kekuatan untuk menyokong suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya,sosok yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."

CINTANYA TANPA SYARAT. HANYA ADA SATU YANG KURANG DARI WANITA,DIA SELALU LUPA BETAPA BERHARGANYA DIA..."

Saturday, April 23, 2011

Suami+Ayah+Pemimpin yang Baik...^^




~Suami+Ayah+Pemimpin yang Baik^^~

Satu kisah di pagi Ahad...
Renung2 kan...saya sebak membacanya...~_~
Wujud lagi kah insan seperti ini...???
Apa pun semoga bermanfaat buat semua...
Wishing it...!!!^^
Amin...




Lebih kurang tiga minggu yang lepas saya membawa

isteri ke 'Mahkota Medical Centre', dia mengadu

kepada saya kepalanya pening, rasa mual dan badanya

lenguh-lenguh. Saya tanya dia"mengandung kot?" Dia

kata tak ada. Oleh kerana 2-3 hari macam tu saja,saya

bawak dia jumpa doktor dan ternyata.... isteri saya

mengandung dua bulan. Emmm saya dah agak dah.Maka

bermulalah cerita baru dan haluan sejarah masa

depan akan pastinya berubah lagi.



Dia akan merasa loya dengan bau yang sebelum ini

senang baginya, termasuklah bau badan saya. Morning

sickness yang teruk sekali bagi isteri

saya.Kasihan sungguh, terbaring saja sepanjang masa.

Makan tak boleh, minum tak nak, apa pun tak nak.

Adakalanya isteri saya semalaman tak dapat tidur,

kadang-kadang tu asyik nak tidur saja. Selesai saja

solat Isyak dah masuk bilik. Pada awalnya saya tidur

kat luarlah sebab dia tak boleh bau badan saya.

Saya fahamlah orang mengandung memang macam tu,

sekarang ni dah boleh tidur dengan saya dan saya

sudah tahu macamana nak elakan insomnia yang

dialaminya, iaitu dengan membaca Al-Quran

sehingga isteri saya terlelap.Memang kebiasaan

sebelum mengandung pun saya akan membaca

Al-Quran diatas katil di sisi isteri sebelum tidur

sehinggalah dia terlelap.



Sekarang saya terus membaca Al Quran disisinya

sebagai ubat tidur bagi isteri dan anak dalam

kandungan. Adakalanya sampai 2-3 jam.Bukan itu

sahaja, saya juga sentiasa bercakap-cakap dengan

janin dalam perutnya. Perkara yang mula-mula saya

ceritakan padanya ialah tentang tauhid. Saya bermula

dengan

kitab pertama yang saya pelajari dahulu iaitu kitab

'Kasyaful Mahjub'. Mungkin ada pembaca yang berkata

saya terlalu ghairah, kebarangkalian untuk janin

survive masih tipis. Tapi mana ada ayah yang tak

berharapan. Segarang-garang harimau pun tak makan

anak, apatah lagi saya. Apa yang akan berlaku pada

kemudian hari adalah diluar bidang kuasa

saya. Siapa saya untuk mempersoalkanya.



Saya bercerita kepadanya tentang Allah,

zat, sifat, asma, afal. Dan cerita itu kembali

bercerita kepada diri saya. Adayang menghantar

email dan bertanya bagaimana mahu mensihati anak agar

tidak degil. Jawapan yang mahu saya nyatakan bukan hanya

untuk anak tetapi untuk sesiapa sahaja terutamanya

yang mempunyai hubungan rapat dengan kita.Tak

kiralah anak, isteri atau suami. Bagaimana?



1. Semasa anak atau isteri kita sedang tidur inilah

waktu yang paling sesuai terutamanya diwaktu dua

pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya(sub

conscius mind) adalah paling optimum ketika

ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar).



2.Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan

kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke

ubun - ubun orang yang ingin anda nasihati.



3. Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah

ke atas junjungan Nabi Muhamad dan bacalah surah al

fatihah. Kemudian terus dengan berzikir didalam

hati dan jangan putuskan zikir anda.



4. Angkat ibu jari anda,kalau boleh janganlah

di putuskan zikir didalam hati dan bercakaplah

dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai

mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda

beritahunya. Kebiasaannya saya akan menasihati

isteri saya agar tidak selalu melewatkan solat,banyakkan

berselawat, banyak bersabar.



Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa

sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir

anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat

anda



5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang

menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya

bergerak-gerak. Insyallah saya doakan diri saya dan

anda berjaya dengan kaedah ini.



Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An

Nu'man), seseorang pernah bertanya kepada bapa

Imam Abu Hanifah. "Tuan, bagaimanakah tuan mendidik

Hanafi

sehingga begini istimewa jadinya. Jawab bapa Imam

Abu Hanifah "Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum dia

dilahirkan". Kalau didengar pernyataan ini tentu

aneh bagi kita bukan. Bagaimana mungkin manusia yang

belum dilahirkan sudah di didik. Namun apa yang ingin

disampaikan oleh Tsabit (bapa Imam Abu Hanifah)

ialah dia sendiri telah diasuh, manakala isterinya juga

sudah di didik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak

dari kandungan lagi. Saya beri anda satu logik

akal, acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih

segiempat. Begitu juga dengan anak dan isteri

kita. Mereka adalah cermin kepada diri kita

sendiri.



Saya bacakan kisah ini kepada janin yang sedang

membesar dalam perut isteri saya. Saya sentiasa

berdoa agar dia terus membesar dan dilindungi Allah

sebagaimana Allah memelihara Imam Abu Hanifah. Saya

nasihatkan dia dengan nasihat yang disuarakan oleh

Luqman Al Hakim kepada anaknya. Saya bacakan kisah

para rasul, para nabi,wali songo, tujuh wali melayu

kepadanya. Cuma isteri saya menasihati agar suara

saya tidak terlalu kuat, bimbang didengar oleh jiran, apa

pula kata mereka nanti.



Dalam kepekatan malam, isteri saya sudah pun yenyak

dibuai mimpi. Saya baru selesai membaca surah yasin

disisi isteri hingga dia terlelap. Saya kehalaman

rumah, mahu merenung langit malam, satu-satunya hobi

saya semenjak kecil semenjak di rumah anak-anak

yatim piatu, saya bawa hingga kini. Langit agak terang

dan

bersih. Saya bersandar dibangku marmar. Kalau isteri

saya sihat pastinya dia menemani saya disini, kami

akan bercerita tentang segala-galanya, tentang masa

depan, tentang anak, tentang cinta, tentang tuhan.



Saya terus merenung langit malam, saya anak yatim

piatu yang ditinggalkan ditengah padangrumput,sehingga

sekarang tidak diketahui siapa ibu ayah saya. Kini

saya akan menjadi ayah. Bermula dari saya akan wujud

salasilah keturunan yang baru.Saya bertekad dalam

hati, Insyallah jika anak ini lahir, dia tidak akan

saya biarkan membesar seperti saya. Dia tidak akan saya

biarkan menagih kasih dirumah kebajikan.Dia tidak

akan melalui zaman pahit seperti saya. Dia tidak perlu

dibohongi yang teddy bear adalah'mama'nya seperti

saya. Air mata ini mengalir lagi. Mudah benar ia

tumpah.Oh! janganlah tumpah lagi.Sudah terlalu

banyak tertumpah.Kalau mahu tumpah biarlah ketika sujud

menyembah ilahi.Pesan guruku air mata lelaki

jangan ditumpahkan sia-sia.



Saya tidak mahu terus melayan perasaan,segera saya

kuncikan pintu dan ke kamar tidur.Isteri saya

telah pun nyenyak dibuai mimpi.Inilah 'bintang timur'

dalam hidup saya.Ia sentiasa bersinar cemerlang dalam

hidup saya,memberi harapan,keyakinan,kesetiaan dan

cintanya kepada saya.Insyallah tidak lama lagi,akan

muncul 'bintang timur kecil' dalam hidup saya

Di Atas Satu C.I.N.t.A.





Lirik Lagu Indah Dewi Pertiwi Di Atas Satu Cinta Lyrics

Jejak-jejak langkahku bagaikan lembaran waktu
Apakah ku masih bisa terus melangkah
serpihan hidupku kan ku bangun di atas satu cinta

subhanallah aku mencintainya
subhanallah aku menyayanginya
dari ufuk timur hingga ke barat
selalu di hatiku...

Selalu di hatiku...


Assalamualaikum w.b.t...
Apa Khabar Hati Ku?
Apa khabar Hati Mu?
^^...

SubhanaAllah...
Dalam hati itu masih punya rasa...
Thanks Allah...^^

SubhanaAllah...
Dalam hati itu masih punya rasa...
Syukran Ya Rabb...^^

SubhanaAllah...
Dalam hati itu masih punya rasa...
Sayu...
Sebak...
Kasih...
Hangat...

Terima Kasih Ya Allah...^^

SubhanaAllah...
Selalu di Hati Ku...(^_^)

Tuesday, April 5, 2011

Mudahnya Kita Jatuh Cinta!!!



Dan terkadang kecintaan memelikkan kita.
Mengapa mudah kita tertaut hati pada seseorang itu?

Hanya pada pandangan pertama.

Dan dulu seorang adikku
selalu mengatakan itu padaku,

Begitu mudahnya aku menyintai seseorang.
Begitu juga dalam jalan dakwah ini.

Kita akan mudah terjatuh cinta.
Banyak kali

Cinta pada mereka yang memberikan kita rasa faham ini.
Dan cinta kepada mereka yang kita berikan rasa faham ini.

Ia adalah tautan hati
Yang sukar dimengertikan.

Perasaan yang sukar
Dinukilkan dengan lukisan kita

Begitulah besarnya erti cinta pada dakwah ini.
Ia menolak kehendak diri untuk memberi sebuah erti

Jauh dirasakan dekat
Sering bersama tidak mendatangkan kebosanan
Ianya bahagia tiada tara!

Ia mengajar erti untuk tidak berhenti dalam memberi
Ia menolak diri untuk sentiasa mengorbankan diri
demi insan yang baru sahaja dikenali

kerana ikatan hati itu
bertahkik pada cinta Ilahi

( aku dan dia, mengalami rasa yang sama; mudahnya hati ini tertaut dan menyukai manusia. Kerana itu, takutnya apabila dialirkan cinta itu pada yang bukan berhak)

Kerana dakwah dan islam, sentiasa menyatukan hati kita,
Menjadikan kita sentiasa jatuh cinta sesama kita,
Setiap masa.

Mudahnya dakwah ini menjadikan kita
Untuk jatuh cinta!

Kerana Allah: Dialah yang meng'allaf'kan hati2 kita!

وَأَلَّفَ بَيۡنَ قُلُوبِہِمۡ‌ۚ لَوۡ أَنفَقۡتَ مَا فِى ٱلۡأَرۡضِ جَمِيعً۬ا مَّآ أَلَّفۡتَ بَيۡنَ قُلُوبِهِمۡ وَلَـٰڪِنَّ ٱللَّهَ أَلَّفَ بَيۡنَہُمۡ‌ۚ إِنَّهُ ۥ عَزِيزٌ حَكِيمٌ۬
Dan (Dialah) yang menyatukan di antara hati mereka. Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Dia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. ( Anfal: 63)



"Sesungguhnya di kalangan hamba-hamba Allah itu ada satu golongan,mereka bukan dari golongan para nabi ataupun syuhada',tetapi para nabi dan syuhada' mencemburui mereka,tempat mereka di sisi Allah s.w.t.Kata para sahabat,khabarkan kepada kami siapa mereka? Rasulullah S.A.W bersabda:"Mereka adalah satu kaum yang saling cinta-mencintai kerana Allah,bukan ada hubungan saudara-mara di kalangan mereka dan juga bukan kerana kepentingan.Demi Allah,di wajah mereka ada cahaya dan mereka di atas cahaya.Ketika manusia takut,mereka tidak takut.Ketika manusia bersedih,mereka tidak bersedih.Dan mereka berkata,sesungguhnya wali-wali Allah tidak takut dan tidak sedih."♥

Thursday, March 3, 2011

~Sedetik Lebih~

::;SedeTik LebiH;::

Lirik Lagu OST Hikayat Merong Mahawangsa Sedetik Lebih Anuar Zain


Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu

Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu...

EDRY ABDUL HALIM
KRU Publishing Sdn Bhd

Monday, February 14, 2011

.::Dalam Mihrab Cinta (The Romance)::.







~Dalam Mihrab Cinta (The Romance)~

Assalamualaikum...
~Hari ini seharian berada di pekan...mengunjungi semula pekan Ranau yang sangat 'meriah' dengan pelbagai jenis, ragam manusia...bersama Teacher Anie...

~Hm...at least visiting the small town...^^...jalan-jalan...then suddenly, my handphone's ringing...a message from my uncle...yang berbunyi seperti ini;

'Awa ada surat d rumah'...(haha sudah agak surat seperti apa yang sampai)...

~Then send a text message to my dad yang berbunyi seperti;

"salam, pa tlg ambil surat tempat uncle, mungkin perlu ke pejabat pos...sok cuti daa"

~Ini adalah kerana, jam menunjukkan 03:35pm...sekarang masih berada di pejabat...(dlm hati berharap yg my dad will quickly get it)...hoho...then, time moves so fast...after all set up...at 04:51pm...my dad arrive to pick us home...haha, ingatkan baru mau cakap.."Pa pejabat pos"...rupanya my dad already get it for me..."Domo kumawo appa"...n terima kasih kepada sahabat yang susah payah kirim ke sini...order dr Indonesia+Malaysia+Sabah...jauh perjalanannya...hihi...^^

~05:09pm...arrive at home...then open the envelope...yaa its true...i got the new book of my favorite writer!!!^^ Habiburrahman El-Shirazy...rasanya ini buku yang terbaru daripada beliau..."Dalam Mihrab Cinta (The Romance)"...bertambah lagi koleksi buku karya beliau...(amat suka!!!^^)saya belum lagi membacanya...mungkin bermula saat ini saya akan mula membuka lembaran-lembaran tulisan terbaru beliau...^^sangat teruja...!!!

~Sebelumnya, beliau ada menghasilkan judul yang sama iaitu "Dalam Mihrab cinta"...ada 3 karya di dalam n kali ini kelihatannya lebih banyak dan 'The Romance'?
mungkin sesuatu yang lebih menarik?

~Hm...tidak mampu bercerita lebih lanjut kerana belum baca...hoho...yg pastinya karya beliau sentiasa bermanfaat buat semua...insyaAllah...^^

~Take a seat...focus...n enjoy reading!!!^^

~Bye...assalamualaikum~




Saturday, February 12, 2011

~Mencari MakNa HiDup~

::HiduP=PeRjuaNgaN::
~Jalan Yang PerLu DiteMpuH~



Assalamualaikum semua...
Good Morning Everyone...^^
AnnyogHasae-Yoo!!!^^
Ohayyoo Gozaimasu!!!^^
Chou San!!!^^
Chou An!!!^^

Haha...berapa banyak daa...so harap2 anda2 semua d sana dalam keadaan sihat walafiat...
saya?alhamdulillah sihat....juz recovering from demam...^^Thanks Allah...
Hm...hari ni...this morning...wanna share some story about life...its all about life...

So, take a seat...focus...n enjoy reading!!!^^
Puppat tsi koe-yoo!!!^^ ("u'll get good in return")God's will...amiiinnnn...

.:JalaN yang peRlu Ditempuh:.

Seorang pemuda datang kepada seorang sufi, tempat dia biasa berbincang dan memperoleh pencerahan. Pemuda ini sudah sering berbincang dan meminta petunjuk hidup daripada sufi tetapi dia berasa seolah-olah tiada perubahan. Oleh kerana itu, dia datang kesekian kalinya dan bertanya lagi, "Tuan apa yang perlu saya lakukan? Semua yang tuan katakan kepada saya sudah saya renungkan dan lakukan tetapi tidak ada perubahan yang ketara. Ramai yang datang kepada tuan juga saya lihat tidak mengalami perubahan yang bererti. Sebenarnya, dimana letaknya kesalahan saya?"

Sambil mengurut-urut janggutnya, sufi ini terus mendengar keluhan pemuda yang nampaknya sudah terbawa-bawa kes orang lain bagi menguatkan hujahnya. Dengan bijaksana, sufi mulai memahami keluhan itu.

"Saudara tinggal di mana?" tanya sufi.
"Saya tinggal kira-kira tiga jam perjalanan dari sini, melewati sungai dan hutan belantara serta mendaki bukit sedikit!" jawab pemuda dengan tegas.

Sufi kembali meneruskan soalannya, "Adakah saudara masih sering pulang ke rumah dan siapa yang masih tinggal di sana?"

Pemuda itu menjelaskan siapa yang masih tinggal di rumahnya, keluarganya masih lengkap dan dia pun sering pulang ke rumah.

"Sekiranya begitu, saudara pasti hafal benar jalan ke rumah saudara?" tanya sufi.
"Sudah tentu, saya boleh pulang ke rumah walaupun dengan berjalan sambil menutup mata," jawab si pemuda dengan yakin.

Sufi bertanya lagi, "Ramaikah yang bertanya kepada kamu mengenai jalan ke rumahmu?" Si pemuda menjelaskan dengan yakin bahawa hampir semua orang yang bertanyakan jalan menuju ke rumahnya, dijelaskan dengan lengkap dengan lorong perjalanan yang jelas dan rapi.

"Daripada semua yang bertanyakan alamat rumah saudara, adakah mereka semuanya pergi dengan mengikut petunjuk jalan yang sudah saudara sebutkan tadi?" tanya sufi bersungguh-sungguh.

Si pemuda terdiam dan dengan lirih, dia berkata "Tidak semua tuan, Kebanyakannya bertanya basa-basi dan hanya prihatin kerana rumah saya yang jauh. Hanya mereka yang bersungguh-sungguh dan memiliki tujuan yang jelas sahaja datang ke kampung saya dan betul-betul menggunakan peta yang saya lakar. Itupun mereka tidak segera ke sana. Malah jarang mereka menggunakan jalan lain untuk tiba ke tempat saya."

Sufi pun memahaminya dengan empati.

"Seperti yang saudara alami dan rasai, demikianlah yang saya rasakan. Saya sudah memberi saranan-saranan yang baik bagi melakukan perubahan diri dan memperoleh pencerahan hidup, namun tidak semua yang pernah saya sarankan mereka ikut. Kadang-kadang mereka mempunyai pilihan jalan sendiri untuk dilalui. Malah ada juga yang datang kepada saya sekadar mahu membenarkan pilihan jalan yang mereka tempuh. Akhirnya, saya menyimpulkan sehebat apa pun nasihat yang diberikan kepada seseorang, dia perlu membuat keputusan melakukannya sendiri. Sekiranya tidak, itu semua tidak dapat membuatnya berubah dan memperoleh pencerahan hidup yang lebih baik. Cuma ini sahaja yang dapat saya sampaikan kepada saudara. Sekiranya saudara ingin meraih cita-cita & impian, Saudara perlu menempuh sendiri jalan yang akan dilalui!"

~Akhirul kalam~
"Pepatah Perancis mengatakan;
'Semasa Bawang dikupas lapis demi lapis, maka setiap lapis bawang yang dikupas meransang kita mengeluarkan air mata'

jadi...untuk memperoleh sesuatu yang lebih baik, kita perlu usaha...^^its simple!!!
so Enjoy Reading!!!^^

Awa wanna say...
"Mencari Makna Hidup...di akhir kehidupan, apabila semua ini terwujud, hati memberanikan berbisik...HIDUPKU TIDAK SIA_SIA"^^





Friday, January 21, 2011

~La Iqra' Hafid-Din~



~La Iqra Hafid Din~
~Tiada Paksaan Dalam I.S.L.A.M~ (^_^)

Firman Allah s.w.t, Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); Sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Kerana itu barang siapa yang ingkar kepada thaghut dan beriman kepada Allah, Maka Sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang amat Kuat yang tidak akan putus.

Dan Allah Maha mendengar lagi Maha Mengetahui. (al-Baqarah: 256)

...Hai selamat malam semua penggemar blog sedunia...hihi...semoga kehadiran diri ini menyenangkan...insyaAllah...

Hm...kali ini mahu berkongsi tentang satu cerita drama yang baru sahaja ditayangkan...drama yang mengambil masa lebih kurang 1jam lebih juga la...

Sebenarnya jalan cerita biasa sahaja...selalu kita dengar...cerita lelaki non-muslim...jatuh hati dengan wanita muslim...kedengarannya biasa-biasa saja...tp sebenarnya saya sangat tertarik!!!selalunya boleh dikira berapa kali saya akan duduk diam di hadapan alat media massa yang satu ini...haha...atau televisyen...tapi malam itu saya duduk diam dengan baik sekali...walaupun tahu hari esok adalah Hari Bekerja dan saya perlu tidur awal...tapi tengok sampai habis...^^

Sebenarnya lagi...saya menanti 16hb itu...haha...siap pesan dengan adik lelaki supaya jangan sekali-kali ubah channel...(Mau tgk punya pasal)...^^

Dan sebenarnya sewaktu iklan drama ni baru ditayangkan saya sudah tertarik...haha...jarang kan cerita sebegini ditayangkan?akhir2 ini nampak banyaknya cerita berunsurkan islamik yang sebegini...hm...tapi tajuk ini sangat menarik!!!^^ Bila sudah tertarik dengan tajuk...teringin pula menonton jalan cerita yang seperti apa???dan bila sudah melihat jalan ceritanya terasa indahnya kalimah
"La Iqra Hafid-Din" itu...^__^...kalimah pendek yang ringkas namun mampu membuka pintu hati seseorang...hebat!!!^^

~Saya tidak akan pernah tinggalkan awak~ (one of the dialogue...hihi...^^) but at last dia pergi meninggalkan...pergi namun tidak pernah meninggalkan...^^...~
~Awak tak akan dapat selamatkan saya selalu~
~belajar ada tertibnya...~

...Hihi...mesti kurang mengertiii...simboliknya DIA tidak mungkin dapat dilihat tapi DIA ada di situ...P.A.S.T.I!!!
Kelihatannya Awa Salwa sangat menghayati cerita tersebut...(haha)...bak kata seseorang "Live our life in different side ~__~" atau bak kata Awa Salwa "Sometimes dreams is better than reality" ^^...

& semoga tahun ini lebih baik...tahun yang sangat mencabar!!!
maaf sekiranga terlalu garang???mungkin...anak-anak PERMATA takut suda ni...hoho Teacher2 menjadi garang...haha...Awa Salwa akan mencuba menjadi Teacher yang baik...hoho...

Baik...setakat ini dulu...maaf sekiranya perkataan seperti tidak bermakna apa2...sekadar berkongsi...
Salam...^^

Saturday, January 8, 2011

~Selamat Datang 2011~



Assalamualaikum wbt...

Selamat Tahun Baru!!!
Selamat Datang 2011...
Selamat tinggal 2010...

Yang hilang berganti...yang patah tumbuh semula...???atau bagaimana?

Ayat misteri, tergantung dan tidak tahu apa sebenarnya yang dimaksudkan...Awa...Awa...mungkin kamu belum dewasa...(senyum jaa...^^)...



~Dewasa la sangat...(ketawa lagii...)...Allah lebih tahu apa yang tidak saya ketahui...maka sekarang Teacher Awa akan berusaha untuk menjadi orang yang baik-baik...sampaiiii DIA memanggilku semula...amiiinnnnn!!!^^

'Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kau dustakan?' (ar-Rahman)...DIA pasti sentiasa memberikan yang terbaik kepada hamba-NYA...^^ 'Maka bertasbihlah di atas nama Tuhanmu yang Maha Besar' (Al-Waqiah)...Syukran Ya Rabb...^^

Teacher Awa menulis blog ini dalam keadaan yang sangat tidak terancang...maka, hati mengatakan di saat ini, apa yang tertulis dan tertaip yang keluar dari minda Teacher Awa secara spontan adalah sangat jujur...(senyum lagii...)...^^ saat ini hati sangat ingin mengatakan bahawa 'Wo Ai Ni ALLAH'...^^ satu rasa yang sangat halus...ingin berterima kasih kerana sentiasa mendampingi...sekali lagi...Wo...Ai...Ni...A.L.L.A.H...(^_^)...

Terima kasih juga tahun 2010 yang banyak mengajar Teacher Awa tentang kehidupan...^^...mungkin 2011 lebih baik?siapa tahu?Teacher Awa pun tida tau...kerana...hanya DIA yang tahu...(Teacher Awa senyum lagii...)kenapa yaa...

ooo...Teacher Awa ingin bercerita...31hb Dec 2010-1hb Jan 2011...bertempat di National Park...why?Teacher Awa sudah sampaiii Gunung Kinabalu...^^ waaah...adakah itu boleh dikatakan sudah dewasa?Haahaaa...(kali ini hati ketawa...)mungkin kerana rasa lucu...apa pun...itu sudah cukup...buat Teacher Awa rasa dewasa...hiiii...^^

Murabbi Cinta berkata 'Kesedaran diri sebagai khalifah adalah motivasi terbaik bagi mendorong manusia meneroka keistimewaan diri masing-masing' ...ini adalah untuk Teacher Awa...sila baca dan faham...adakah Teacher Awa ni istimewa?punya sesuatu yang orang lain xda ada?...rasanya Teacher Awa perlu meneroka...H.A.R.U.S!!!

...Rasanya setakat ini dulu...Teacher Awa sudah berhenti berfikir...

waktu...dan detik ini...segala yang tercoret adalah coretan si hati semata-mata...ia bukanlah tentang Teacher Awa, kelihatannya saja begitu...(Teacher Awa senyum lagiii...)^^

Jazakillah...
Babai...^^

I Luv Islam