Pages

MyEm0.Com MyEm0.Com MyEm0.Com MyEm0.Com MyEm0.Com MyEm0.Com MyEm0.Com MyEm0.Com MyEm0.Com

Monday, February 14, 2011

.::Dalam Mihrab Cinta (The Romance)::.







~Dalam Mihrab Cinta (The Romance)~

Assalamualaikum...
~Hari ini seharian berada di pekan...mengunjungi semula pekan Ranau yang sangat 'meriah' dengan pelbagai jenis, ragam manusia...bersama Teacher Anie...

~Hm...at least visiting the small town...^^...jalan-jalan...then suddenly, my handphone's ringing...a message from my uncle...yang berbunyi seperti ini;

'Awa ada surat d rumah'...(haha sudah agak surat seperti apa yang sampai)...

~Then send a text message to my dad yang berbunyi seperti;

"salam, pa tlg ambil surat tempat uncle, mungkin perlu ke pejabat pos...sok cuti daa"

~Ini adalah kerana, jam menunjukkan 03:35pm...sekarang masih berada di pejabat...(dlm hati berharap yg my dad will quickly get it)...hoho...then, time moves so fast...after all set up...at 04:51pm...my dad arrive to pick us home...haha, ingatkan baru mau cakap.."Pa pejabat pos"...rupanya my dad already get it for me..."Domo kumawo appa"...n terima kasih kepada sahabat yang susah payah kirim ke sini...order dr Indonesia+Malaysia+Sabah...jauh perjalanannya...hihi...^^

~05:09pm...arrive at home...then open the envelope...yaa its true...i got the new book of my favorite writer!!!^^ Habiburrahman El-Shirazy...rasanya ini buku yang terbaru daripada beliau..."Dalam Mihrab Cinta (The Romance)"...bertambah lagi koleksi buku karya beliau...(amat suka!!!^^)saya belum lagi membacanya...mungkin bermula saat ini saya akan mula membuka lembaran-lembaran tulisan terbaru beliau...^^sangat teruja...!!!

~Sebelumnya, beliau ada menghasilkan judul yang sama iaitu "Dalam Mihrab cinta"...ada 3 karya di dalam n kali ini kelihatannya lebih banyak dan 'The Romance'?
mungkin sesuatu yang lebih menarik?

~Hm...tidak mampu bercerita lebih lanjut kerana belum baca...hoho...yg pastinya karya beliau sentiasa bermanfaat buat semua...insyaAllah...^^

~Take a seat...focus...n enjoy reading!!!^^

~Bye...assalamualaikum~




Saturday, February 12, 2011

~Mencari MakNa HiDup~

::HiduP=PeRjuaNgaN::
~Jalan Yang PerLu DiteMpuH~



Assalamualaikum semua...
Good Morning Everyone...^^
AnnyogHasae-Yoo!!!^^
Ohayyoo Gozaimasu!!!^^
Chou San!!!^^
Chou An!!!^^

Haha...berapa banyak daa...so harap2 anda2 semua d sana dalam keadaan sihat walafiat...
saya?alhamdulillah sihat....juz recovering from demam...^^Thanks Allah...
Hm...hari ni...this morning...wanna share some story about life...its all about life...

So, take a seat...focus...n enjoy reading!!!^^
Puppat tsi koe-yoo!!!^^ ("u'll get good in return")God's will...amiiinnnn...

.:JalaN yang peRlu Ditempuh:.

Seorang pemuda datang kepada seorang sufi, tempat dia biasa berbincang dan memperoleh pencerahan. Pemuda ini sudah sering berbincang dan meminta petunjuk hidup daripada sufi tetapi dia berasa seolah-olah tiada perubahan. Oleh kerana itu, dia datang kesekian kalinya dan bertanya lagi, "Tuan apa yang perlu saya lakukan? Semua yang tuan katakan kepada saya sudah saya renungkan dan lakukan tetapi tidak ada perubahan yang ketara. Ramai yang datang kepada tuan juga saya lihat tidak mengalami perubahan yang bererti. Sebenarnya, dimana letaknya kesalahan saya?"

Sambil mengurut-urut janggutnya, sufi ini terus mendengar keluhan pemuda yang nampaknya sudah terbawa-bawa kes orang lain bagi menguatkan hujahnya. Dengan bijaksana, sufi mulai memahami keluhan itu.

"Saudara tinggal di mana?" tanya sufi.
"Saya tinggal kira-kira tiga jam perjalanan dari sini, melewati sungai dan hutan belantara serta mendaki bukit sedikit!" jawab pemuda dengan tegas.

Sufi kembali meneruskan soalannya, "Adakah saudara masih sering pulang ke rumah dan siapa yang masih tinggal di sana?"

Pemuda itu menjelaskan siapa yang masih tinggal di rumahnya, keluarganya masih lengkap dan dia pun sering pulang ke rumah.

"Sekiranya begitu, saudara pasti hafal benar jalan ke rumah saudara?" tanya sufi.
"Sudah tentu, saya boleh pulang ke rumah walaupun dengan berjalan sambil menutup mata," jawab si pemuda dengan yakin.

Sufi bertanya lagi, "Ramaikah yang bertanya kepada kamu mengenai jalan ke rumahmu?" Si pemuda menjelaskan dengan yakin bahawa hampir semua orang yang bertanyakan jalan menuju ke rumahnya, dijelaskan dengan lengkap dengan lorong perjalanan yang jelas dan rapi.

"Daripada semua yang bertanyakan alamat rumah saudara, adakah mereka semuanya pergi dengan mengikut petunjuk jalan yang sudah saudara sebutkan tadi?" tanya sufi bersungguh-sungguh.

Si pemuda terdiam dan dengan lirih, dia berkata "Tidak semua tuan, Kebanyakannya bertanya basa-basi dan hanya prihatin kerana rumah saya yang jauh. Hanya mereka yang bersungguh-sungguh dan memiliki tujuan yang jelas sahaja datang ke kampung saya dan betul-betul menggunakan peta yang saya lakar. Itupun mereka tidak segera ke sana. Malah jarang mereka menggunakan jalan lain untuk tiba ke tempat saya."

Sufi pun memahaminya dengan empati.

"Seperti yang saudara alami dan rasai, demikianlah yang saya rasakan. Saya sudah memberi saranan-saranan yang baik bagi melakukan perubahan diri dan memperoleh pencerahan hidup, namun tidak semua yang pernah saya sarankan mereka ikut. Kadang-kadang mereka mempunyai pilihan jalan sendiri untuk dilalui. Malah ada juga yang datang kepada saya sekadar mahu membenarkan pilihan jalan yang mereka tempuh. Akhirnya, saya menyimpulkan sehebat apa pun nasihat yang diberikan kepada seseorang, dia perlu membuat keputusan melakukannya sendiri. Sekiranya tidak, itu semua tidak dapat membuatnya berubah dan memperoleh pencerahan hidup yang lebih baik. Cuma ini sahaja yang dapat saya sampaikan kepada saudara. Sekiranya saudara ingin meraih cita-cita & impian, Saudara perlu menempuh sendiri jalan yang akan dilalui!"

~Akhirul kalam~
"Pepatah Perancis mengatakan;
'Semasa Bawang dikupas lapis demi lapis, maka setiap lapis bawang yang dikupas meransang kita mengeluarkan air mata'

jadi...untuk memperoleh sesuatu yang lebih baik, kita perlu usaha...^^its simple!!!
so Enjoy Reading!!!^^

Awa wanna say...
"Mencari Makna Hidup...di akhir kehidupan, apabila semua ini terwujud, hati memberanikan berbisik...HIDUPKU TIDAK SIA_SIA"^^





MyEm0.Com MyEm0.Com MyEm0.Com MyEm0.Com MyEm0.Com MyEm0.Com MyEm0.Com MyEm0.Com MyEm0.Com MyEm0.Com MyEm0.Com

I Luv Islam