Pages

MyEm0.Com MyEm0.Com MyEm0.Com MyEm0.Com MyEm0.Com MyEm0.Com MyEm0.Com MyEm0.Com MyEm0.Com

Friday, August 28, 2009

"Semua hati yang keras akan luluh oleh sebuah kata: CINTA. Ia bukanlah tentang aku, kelihatannya saja begitu..."


Thursday, August 27, 2009

Wo Ai Ni ALLAH!!!

Bismillahirrahmannirrahim...
"Semua hati yang keras akan luluh oleh sebuah kata: CINTA. Ini bukanlah tentang aku, kelihatannya saja begitu..."(Wo Ai Ni, Allah)

Hai semua...sudah lama tidak menjenguk ruangan blog ni...mungkin keseronokan menikmati Ramadhan membuatkan segalanya terlupa seketika...hoho...sebenarnya tiada yang terlalu penting andainya ruangan blog ni diisi pun..tapi, oleh kerana rasa ingin berkongsi...tulislah sedikit...

Ok pertama sekali, minggu lepas saya sempat mengunjungi Pesta Buku yang diadakan di KLCC...hm, dengar ja Pesta Buku...terus excited!!! haha...yalah, bak kata orang..."kalau dah suka membaca...sampai bila-bila pun kita takkan dapat habis baca buku..." betul kan?hoho...jadi pergilah Pesta Buku...pada hari yang sama juga...sebelum ke KLCC, sy pergi ke Klinik Haiwan...huhu pertama kali dalam seumur hidup masuk Klinik Haiwan...mesti tertanya-tanya..hihi, sebenarnya kucing kesayangan sy sakit...oleh kerana tidak mahu sejarah berulang semula, kali ini langkah berjaga-jaga...:)ok tak? di klinik tu, bagi tahu lah kucing sy sakit apa...setelah membayar ubat kucing, sampai pintu keluar pagar klinik saya senyum sorang2...
:) :) :)...hihi...macam orang pula kucing ni...tapi its ok...experience is knowledge...:)n i LUv my kitties!!! sarangie Ha sonn na...omma domo sarangie...:)

Ok, selepas tu sampailah di KLCC...banyaknya buku!!!:) bila diskaun yang menarik perhatian tu...tapi oleh kerana saya ni seorang yang sangat berjimat...(ceehh)...jadi kena pilih yang penting sahaja...setelah melihat2...saya pun memilih satu Novel yang bertajuk "Laskar Pelangi"...satu buku yang bagi saya cukup baik dibaca...setelah menonton cerita Laskar Pelangi ni...terasa ingin pula melihat kelainan dari segi rasa itu...menonton dengan membaca lain kan...selain tu ada satu buku lagi bertajuk, "Membongkar Rahsia Dajjal"...hm...semoga buku2 ni memberi sy lebih banyak input yang baik...sekarang saya tengah membaca satu buku yang bertajuk "Wo Ai Ni Allah"...berkisar kepada cerita seorang penganut ateis yang berusaha mencari haluan hidupnya...tertanya2 apakah tuhan itu ada atau pun sekadar illusi semata...so, buku ni menarik..tapi belum habis baca lg lah...so harap2 bertemu suatu ilmu yang baru lagi...insyaAllah...

Ok...lagi satu nak berkongsi...kucing saya beransur sihat...Wo ai Ni Allah!!! kerna telah mengabulkan doaku...thanks allah!!!:)

Friday, August 21, 2009

Ramadhan yang Dinanti...


"Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".

Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."

Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."


Esok puasa!!!:D....
Wah2...puasa dah pun tiba...esok semua umat Islam dalam dunia ni akan berpuasa Ramadhan...waa..seronoknya!!! seperti orang lain saya sendiri pun tak sabar rasanya berpuasa, lagi-lagi bulan Ramadhan ni...seakan-akan rindu menggamit semula...satu perasaan iaitu kerinduan pada-NYA...insyaAllah di bulan mulia ni kita lebih banyak mengupgrade kan iman kita...moga2 kita menjadi hamba bertuah insan terpilih Allah swt...ameen...

"Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: "Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti."



Friday, August 14, 2009

Follow Up Sk Cahaya Ummi...


with Teacher Rosnani...:)


Sk Bukit Bandaraya, Bangsar


Setelah beberapa minggu berlalu...sekarang minggu untuk berprogram sudah sampai surutnya, bukan bermakna surut selama-lamanya la...but, this is the time to rest...sempena menanti kedatangannya Ramadhan Al-Mubarak...alhamdulillah... Jadi, seperti yang telah dirancang...bulan ramadhan ni, Team Perkasa hanya akan membuat follow-up untuk program lepas2...hari ni Team Perkasa follow up dua sekolah...Sekolah Cahaya Ummi n Sk. Bukit Bandaraya...Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik...

ok...Selamat Meny
ambut Ramadhan...:)

Si Manis.....:)




Thursday, August 13, 2009

Kucing...Oh Kucing...

“Seorang wanita masuk neraka kerana kucing. Ia menahannya hingga mati. Ia masuk neraka kerananya, kerana ia tidak memberinya makan sebab ia menahannya, dan tidak membiarkannya makan serangga-serangga tanah.”
Hadith riwayat Bukhari.


Tarikh : 6hb Ogos 2009
Tempat : Bilik Ofis Cik Wawa
Masa : 1230 Noon

Saat-saat yang mendebarkan...
Haa...nak tahu...hari ni..kucing Rebutia yang mendapat panggilan "Si Manis" selamat beranak...:) anak dia ada 5 ekor semua tapi yang diizinkan tuhan untuk hidup di dunia ni cuma 4 ekor ja...sabar ya Manis...haha, macam orang ja kan walau hakikatnya ia adalah seekor kucing...

Ini adalah pengalaman pertama saya melihat depan mata kucing beranak...SubahanAllah...kucing ni sikit pun tidak berbunyi...seolah-olah tidak ada sikit kesakitan pun...sedangkan si ibu pun akan menjerit, inikan pula haiwan...it takes several hours juga lah...untuk keluar semua baby miaow....dalam hati tertanya-tanya..."Apalah kucing ni rasa?"...pelik kan?tapi sangat hebat kejadian tuhan ni...subahanAllah...banyak sebenarnya yang bermain di fikiran...tertanya-tanya...wallahualam...

Hari ni pula...genap satu minggu dua hari anak Si Manis...waaah...guess what? anak kucing yang pertama sekali keluar sudah buka mata!!!:) miaow2!!!...hihi...seronoknyaa...:)
really look like a baby when they juz delivery...So cutes!!!:) Luv miaow2!!!:)...

Kucing ni comel kan...sangat2...ok tahu tak kucing ni adalah binatang kesayangan Rasulullah kita?mesti kucing ni sangat berbangga kan dapat menjadi binatang kesayangan Rasulullah?hoho...ok mari kita berkongsi...

"Dalam suatu peristiwa, tatkala seorang sahabat nabi bernama Abdul Rahman bin Sakhr menemui seekor anak kucing yang sedang mengiau kerana kehilangan ibunya. Beliau yang dalam perjalanannya menuju ke Masjid Nabawi, berasa kasihan kepada anak kucing itu, lalu mengambil dan meletaknya dalam baju besar beliau.

Apabila sampainya di masjid, baginda bertanya Abdul Rahman, apa dalam bajunya? Ia menjawab anak kucing yang kehilangan ibu, aku mengambilnya kerana kasihan padanya. Lalu baginda menggelarkan Abdul Rahman dengan Abu Hurairah (bapa kucing kecil).

Gelaran bapa kucing tidak sedikit pun menjejaskan maruah dan reputasi Abdul Rahman, malah inilah gelaran yang paling disukai tatkala namanya disebut, kerana nabi sendiri yang memberi gelaran itu. Selain itu juga, gelaran Abu Hurairah mengingatkan beliau kepada suatu amal soleh yang pernah dilakukannya menerusi pembelaan seekor anak kucing.

Dan Abu Hurairah ialah seorang penghafal hadith2 nabi yang terbanyak dan dia telah dikenali juga sebagai GUDANG ILMU. Dia adalah sahabat yang paling suka bergaul dengan Rasulullah S.a.w. Dia tidakmempunyai tanah dan perniagaan dan seorang yang miskin harta tetapi kaya jiwa, maka masanya paling banyak diluangkan dengan nabi. Dengan kerana itu juga dia telah mempunyai banyak peluang meriwayatkan hadith2 nabi.

Banyak hikmah dari riwayat hidup Abu Hurairah ini dan antaranya beliau telah mencontohi kepada kita betapa bagusnya dan satu amalan yang sangat disukai oleh nabi sendiri iaitu berbuat baik kepada kucing. Renung2 kan lah di situ dalam2."...

Ok...setakat ini sahaja...jumpa lagi..:)

“Pada setiap yang mempunyai hati yang basah (haiwan) terdapat pahala (dalam berbuat baik kepadanya).” Hadith Riwayat Bukhari, Ahmad dan Ibnu Majah.





Friday, August 7, 2009


.....:)...




Ala2...sabar eh Hidayah...







Gambar dulu sebelum balik...:)









Ice-Breaking Games



Amboi Fatih...tu main p tue...?


Kamil kata buka mata la Fatih...









Sekolah Cahaya Ummi

"Kem Generasi Al-Quran"

"Wahai anakkku! laksanakanlah solat dan suruhlah (manusia)berbuat yang makruf dan cegahlah (mereka) dari yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpamu, sesungguhnya yang demikian itu termasuk perkara yang penting" Ayat : 17 : Lukman.

Selesailah sudah program minggu ni...selesailah sudah sesi pembelajaran dengan kanak-kanak...alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar walaupun terdapat banyak kesulitan. Al-maklumlah ada dua program serentak berlangsung...satu lagi program sekolah menengah iaitu SMK BENTA, PAHANG. Seperti biasa, pembahagian tugas akan berlaku bagi melicinkan perjalanan program.

Seperti yang saya katakan dalam blog yang lepas, i choose this little one than the older one...learning with them is a wonderful thing...hihi yela, belajar dengan kanak-kanak ni tak sama dengan orang besar...so banyak benda yang kita boleh belajar daripada kanak-kanak ni...furthermore, i'm taking Early Islamic Education...so, need a lots of exposure on them...in practically...insyaAllah...so far kanak-kanak ni baik sangat2...dengar cakap and yang paling menarik sekali time jungle tracking and nite tracking...macam-macam gaya dan karenah yang ada...muka comot2 pun senyuuum ja...yang nangis pun ada...sebab takut pacat ja...biasalah budak-budak kan...tapi saya seronok bersama mereka...

Untuk program SMK BENTA, saya tidak terlibat 100% pun...dan semua aktiviti mereka diuruskan oleh fasilitator lain, kiranya, program OK...haha, sebenarnya saya sudah kehabisan idea...mungkin program minggu depan akan ada lebih banyak input yang boleh dikongsikan bersama?

InsyaAllah...Jumpa lagi...
MyEm0.Com MyEm0.Com MyEm0.Com MyEm0.Com MyEm0.Com MyEm0.Com MyEm0.Com MyEm0.Com MyEm0.Com MyEm0.Com MyEm0.Com

I Luv Islam