Pages

Sunday, October 18, 2009

Menjadi Ibu Bapa Yang Berilmu

Assalamualaikum w.b.t...,

Tiada apa yang lebih membahagiakan hati ibu bapa selain mendapat anak yang bukan sahaja sihat serta sempurna rohani dan fizikalnya. Namun, untuk memiliki kesempurnaan itu, bukanlah mudah kerana ia perlu bermula daripada ibu bapa itu sendiri.

Melahirkan anak yang baik dan sempurna dalam setiap sisi keperibadiannya amatlah rumit dan mencabar, apatah lagi jika kita tidak cukup bersedia disebabkan kurangnya iman, ilmu dan ibadah. Anak bagai kertas putih, kitalah yang bertanggungjawab mewarnakan mereka sama ada menjadi Yahudi, Majusi, Nasrani atau Muslim hakiki.

Justeru, ibu bapa perlu mempersiapkan diri mereka untuk menjadi 'pendidik' yang sempurna berlandaskan Al-Quran dan Hadith. Pastinya tugas ini bukan sesuatu yang mudah kerana ia menuntut pengorbanan yang besar, bukan sahaja selepas anak-anak melihat duniatetapi ketika di dalam kandungan lagi. Pengorbanan masa, tenaga, wang ringgit, kesihatan dan kualiti anak-anak adalah aspek yang perlu diambil kira.

Tetapi percayalah, segala dan kesulitan dan kepayahan dalam menjadi ibu bapa yang baik pasti akan menerima ganjaran yang manis kelak sebagaimana yang dinyatakan oleh Allah s.w.t dalam surah At-Taghaabun, ayat 15 yang bermaksud;
"Sesungguhnya harta kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan di sisi Allah jualah pahala yang besar"

Anak-anak adalah amanah daripada Allah s.wt. dan ia sebahagian daripada ujian ALLAH s.w.t kepada kita hamba-hambanya...

Hm...jadi kita kenalah bersabar walau apa pun ujian yang datang...setiap ujian-NYA pasti ada hikmah tersembunyi yang kita tidak pernah tahu...yakinlah bahawa janji Allah itu pasti untuk hamba-hambanya yang bersabar...dan ku mohon Ya Allah...kuatkanlah aku dalam mengharungi setiap cubaan-MU...ameennnn...Wo Ai Ni Allah....abadan...=)

0 comments:

Post a Comment

I Luv Islam