Pages

Tuesday, July 14, 2009

Program...Oh Program....

...Kem Bina Insan DPLI-UIAM, UITM & SMAKL TEACHER...

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah!Syukur sangat-sangat!hanya ungkapan tu ja lah yang dapat diungkapkan untuk program kali ini...letih tu memang letih la, tapi kepuasan berprogram tu yang lebih penting...kan?sebenarnya saya sangat jarang berkongsi tentang pengalaman program ni, atau sebenarnya sudah banyak ketinggalan untuk kongsi program2 sebelum ni, tapi kureyen peddi ketinggalan, jadi sekarang mulakan dengan baik!:)

Pertama sekali, setinggi ucapan terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program kali ini...terima kasih kepada Poknik, Abie, Khai, Din, Haikal, Jukri, Along, Syifa', Wan, Anis, Umi, Fatin, Aben, Farah, Azimah, Midah, danNadrah...hanya Allah yang membalas kepenatan kalian menjayakan program kali ini. Apa tidaknya, ada 3 program berlangsung serentak iaitu DPLI_UIAM, UITM SHAH ALAM dan GURU2 SMAKL dan bukan sedikit jumlah orang yang ada dalam kem ni...ada 300 lebih tu! tapi alhamdulillah...segalanya berjalan dengan lancar walaupun ada sedikit kesulitan dalam penyelarasan waktu makan...

Ok, berkongsi tentang pengalaman 3 hari 2 malam ni, dengan jumlah orang yang ramai memang sesuatu yang sukar untuk digambarkan...nak tau kenapa? yela...manusia ni kan banyak ragam...bak kata Aznil "Macam-macam Ada"... jadi untuk menjadikan program ini tidak berlaku masalah jadi mula hari khamis lagi kami team Perkasa sudah pun membuat perancangan rapi tentan sistem perjalanan program kali ini. Untuk program kali ini, saya akan lebih fokus kepada Guru-Guru Smakl...saya lah yang bertanggungjawab untuk menguruskan ketibaan mereka, tunjuk segala kemudahan yang boleh dan akan digunakan, di mana? dan yang sewaktu dengannya...yang bestnya semua guru2 SMAKL ni sporting habis! dari guru2 biasa sampailah pengetua! memang seronok! walaupun pada awalnya cuaca agak mendung dan hujan renyai-renyai mula turun, tapi guru2 ni tetap meneruskan aktiviti...tu yang saya cakap sporting! and mungkin Allah ingin menguji...but at the end...the sunshine rise again! "Mendung memang tidak dapat dijangkakan...yang pasti...satu saat mentari pasti datang menjenguk..." Ceh...bermadah la pula...but that's the reality...untuk obstacle game, macam biasa saya jaga game yang boleh dikira...its my game! iaitu Monster Step atau lebih dikenali dengan Game Ukhuwah... kalau nak tahu, waktu mula2 belajar game ni, memang agak susah dan tak faham...tapi bila dah faham...i think this is the best game for bonding and attachment...haha, kenapa?coz, siapa2 yang main game ni, at the end they will say thank you...:) hebat bukan? and bukan 100% based on the game...half of it depends on us...maksudnya, as a facilitator, fasilitator la yang memainkan peranan penting dalam menjadikan Game ini benar2 berkesan atau tidak...alhamdulillah, saya berjaya mengukhuwah kan mereka...:) tiada ungkapan paling indah selain ucapan 'Terima Kasih"...n Terima kasih jg kat Cikgu!!! Game lain pun best juga...cuma program kali ini saya jaga Game Ukhuwah...
Ok, last sekali ialah Game Menara Maruah, pada mulanya, saya pun tertanya-tanya kenapa game ni dipanggil Menara Maruah?Tapi bila dah banyak kali tengok, akhirnya saya faham...itu adalah simbolik kepada diri kita sendiri, bergerak dalam group yang ramai, bekerja dalam group yang ramai, untuk menghasilkan satu kualiti yang baik dan cemerlang di hadapan mata orang lain...kualiti yang baik dan cemerlang itulah yang dimaksudkan maruah...andai kualiti yang buruk dan gagal yang dihasilkan, maka itulah yang menjadi tatapan orang luar, hebat betul simbolik Menara Maruah ni...saya jamin 100% berkesan! dan yang paling hebat ialah simbol "kasih sayang"...benarlah, tidak semua yang dizahirkan kita nampak dan sedar, bila Poknik tanya "yang mana paling penting, di antara orang, tali, paip dan joint?" semua jawab 'orang' lah yang paling penting...tapi tahu tak yang paling penting? 'Joint' lah yang paling penting, dan itulah kasih sayang...seramai mana pun orang, sebanyak mana pun tali, setinggi mana pun tiang...bila joint patah? hancurlah semua dan itulah kasih sayang yang kita jarang nampak dan sedar...bila tengok guru2 ni semangat sungguh, saya pun teruja tengok dorang ni, target untyuk naikkan 14 tiang tapi Allah cuma izinkan 8 tiang sahaja...syukur...

Hm...banyaknya saya bercerita ni...takpa, sharing is good...:) ok, habislah program Guru2 Smakl yang hanya mengambil masa sehari ja...Selepas guru2 Smakl beransur pulang, sekarang saya akan lebih fokus kepada UIAM dan UITM...seperti biasa saya akan jadi 50% Admin dan dalam masa yang sama 50% lagi fasilitator...keletihan mulai terasa bila ada begitu banyak permintaan...macam2 lah...tombol pintu chalet tak boleh buka lah...khemah masuk air lah dan macam2...tapi itulah tugas yang perlu disetelkan...and thanks to Allah...semuanya selesai...itulah yang berlaku, bahagian fasilitator lain pula yang berlaku, selepas balik dari night tracking pukul 4.30 pagi, pada pukul 7 pagi tu saya kena lead group UITM ke Air Terjun Sungai Pisang pula...waktu tu, doa ja supaya saya dapat tahan rasa mengantuk itu...jadi nak buang rasa mengantuk tu saya mengambil keputusan untuk tolong kak Ana masak sarapan...sampai 6.20 pagi...siap dan solat...dugaan paling besar...mata ini...akhirnya tertidur juga...haha, jangan ingat tidur nda bangun sudah, pada pukul 8 lebih, kami bertolak menuju ke destinasi...mau tau kenapa? UITM lambat bangun...hihi...kiranya Allah sudahpun memudahkan jalan...syukran...
kami sampai semula di kem pada pukul 11 pagi...semua bakal-bakal cikgu DPLI-UIAM tengah seronok bermain, so, sekarang dah habis tugas untuk UITM,kembali semula kepangkuan UIAM...untuk sesi penutupan...dan khalas!
Program berakhir dengan sesi bersalaman...diiringi lagu perpisahan...Alhamdulillah...
Tugas selesai...sedia untuk program seterusnya minggu hadapan...
Ilall liqha'...:)

Thanks Allah!:)

0 comments:

Post a Comment

I Luv Islam